10 Tips Urus Masa Paling Efektif

by - March 22, 2017


Tips ni memang sangat berguna untuk yang rasa tak cukup masa je hari- hari. Ada je benda yang tertinggal dan tak dapat dilakukan. Jom tengok.



Bangun Lebih Awal. Ini tak bermakna mommies tak cukup tidur ye.. Mommies pun kena jaga kesihatan dan tidur mestilah tidur yang berkualiti. Cuma amik masa sedikit dalam 15-20 minit lebih awal untuk bangun sebelum anak-anak bangun. Kalau dapat bangun lebih awal dari ni, mesti banyak keje dapat disiapkan ye tak? Kita pun tak la kelam kabut, mana nak uruskan anak, mana nak uruskan dapur, dan lain2. Yang ni paling penting. Dapat buat ni, mesti terasa hidup lebih aman. 



Beli Barang Keperluan Seminggu Sekali. Kalau anda seorang ibu yang terpaksa bawak anak kecil setiap kali keluar, masa ni la yang paling leceh skali kan.. Jadi, kurangkan bebanan anda dengan keluar beli barang-barang masak seminggu sekali. Sebelum tu jangan lupa senaraikan menu masakan anda untuk seminggu. Senang, dah ada 'list' anda pun dah tau nak beli apa. Dan takdela barang yang tercicir nak dibeli. Daripada setiap hari beli sikit2, lebih baik beli sekaligus dalam satu hari je. Jimat masa dan tenaga.


Pandai Curi Masa. Banyak cara sebenarnya untuk anda manfaatkan masa yang ada. Time pergi office, stuck dalam traffic jam je berapa lama masa terbuang? Cuba guna masa yang ada tu untuk buat 'to-do-list' hal berkaitan anak-anak ke, tugasan yang perlu disiapkan atau boleh jugak baca buku motivasi kesukaan!


Cari Punca Masa Anda Terbazir. Dalam sehari, kita mesti ada masa yang kita bazirkan, betul tak? Cuba mommies cari waktu bila masa yang banyak dibazirkan. Misalnya, setiap pagi anda habiskan masa untuk cari kunci kereta pun dah sampai 20 minit! Cuba cari alternatif dengan sediakan tempat gantung kunci. Atau setiap hari anda spend masa 15 minit untuk gosok baju? Jadikan rutin menggosok baju kepada seminggu sekali. Cari di mana masa anda terbazir dan cari jalan penyelesaian.


Buat Persediaan Sebelum Tidur. Tips ke 5 ni paling banyak membantu mommies supaya tak jadi huru hara sebelum pergi office. Lagi-lagi kalau dah terlambat bangun, lagi haru jadinya! Sediakan pakaian anda dan anak pada malam sebelumnya. Termasuklah keperluan lain ke office, persediaan untuk breakfast esoknya, dan pakaian anak2 ke nursery. Penting, kalau tak anda yang pening.



Sediakan 'Emergency Bag'. Beg ni bukan setakat beg yang mommies isi 'First -Aid-Kit' tau. Beg ni la yang mommies kena isi segala macam yang membantu menggembirakan perjalanan dan anak anda. Manalah tau tiba-tiba perlu keluar on the spot. Misalnya, mainan penting anak, snek makanan, pampers extra, baby wipes. Minyak telon dan apa2 keperluan anak anda. Tisu basah dan tisu kering memang paling penting kalau ada anak2, tak kira baby atau yang dah besar.



Manfaatkan Apps Dalam Phone. Zaman moden ni, teknologi sangatlah membantu ye mommies. Download je dalam 'Playstore'. Guna apps utk buat checklist barang yang perlu. Guna apps untuk buat bank transaction. Guna apps utk manage masa anda dengan kalendar. Boleh juga simpan dan cari resepi menarik dengan teknologi yang ada.



Belajar Untuk Berkata Tidak. Ramai di kalangan mommies masa kini terlalu sibuk dengan aktiviti yang pelbagai. Sampai dah tak tau mana satu yang perlu diletakkan 'priority' dan mana satu yang perlu dikurangkan. Kita cuba menjadi yang terbaik untuk semua orang, yang kadangkala mustahil. Cuba lihat balik aktiviti mommies. Tak perlu pun sebenarnya nak jadi ajk untuk persatuan penduduk, jadi comittee untuk pelbagai upacara. Tentukan perkara yang penting dan letakkan family sebagai 'priority' anda.



Sedia Bahan Memasak Pada Hari Minggu. Setelah mommies dah sediakan senarai menu masakan untuk seminggu, bolehlah sediakan bahan tumis seperti bawang mesin dan cili mesin, ayam yang dah siap dipotong, sayur dah siap diasingkan. Nanti nak masak, senang je. Campak2 je kan.. 



Cari Masa 'Me' Time Anda. Kalau lah nak jaga family, mommies terlebih dahulu perlu jaga diri sendiri ye. Mesti ada 'me' time. Baru lah bersemangat nak buat kerja. Cari  masa walaupun cuma 15 - 20 minit sehari layan tv ke, pergi spa ke, atau joging. Penting ni. Penampilan pun perlu la jaga ye. Baru la cik abang pun sayang..




Klik SINI untuk download PRINTABLE FAMILY ORGANIZER supaya anda dapat merancang masa anda dalam menguruskan aktiviti anda, suami dan anak- anak. Sangat berguna dan berbaloi!




You May Also Like

0 comments