6 Jenis Bentuk Badan Supermom! - Nape Bila Kita Pakai Baju tak Secantik Macam Patung tu Pakai??

by - March 30, 2017



Selalunya setiap hari kita suai padankan baju ke ofis, keluar berjalan-jalan ataupun ke shopping mall, adakah baju yang kita pakai tu betul-betul sesuai dengan bentuk badan kita? Selalu jugak kita tengok..dekat patung baju tu lawa semacam jekk..tapi tang masuk badan kita jek, dah jadi bermacam-bermacam pulak kan.. Sebab tu kita kena  kenal dulu bentuk badan kita yang sebenar tau!







1. BENTUK SEGITIGA ATAU 'PEAR' 

Bentuk tubuh ini adalah bentuk yang biasa dimiliki oleh seorang wanita. Bahagian pinggul adalah lebih besar daripada bahagian dada. Sekiranya anda tergolong dalam bentuk tubuh ini, berikut adalah tips pemakaian yang sesuai untuk anda:

  • Pilih pakaian yang mempunyai pelapik bahu yang kecil/tanpa pelapik agar bahagian bahu kelihatan lebih luas. Ini adalah penting untuk mengimbangi bahagian pinggul yang besar.

  • Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, detail yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.
  • Untuk tubuh bahagian bawah pula, pilihan seluar jenis basic cut dan seluar slim/boot cut sangat sesuai.
  • Elakkan memakai skirt labuh dan blaus yang terlalu labuh agar anda tidak kelihatan lebar. Pemakaian jaket bersama skirt atau seluar yang ketat di bahagian pinggul hendaklah dielakkan kerana ia menonjolkan bentuk pinggul anda yang besar
  • Untuk warna pula, pakaian bahagian atas hendaklah berwarna cerah dan pada bahagian bawah pula berwarna gelap. Tips ini adalah menumpukan kepada bahagian atas badan, bukan bahagian pinggang dan ke bawah.
  • Cari aksesori yang boleh dipakai di leher sehingga dapat menyeimbangi area pinggul dan paha. Hindari memakai pakaian yang ketat





2. BENTUK JAM PASIR (RECTANGLE /HOURGLASS)

Wanita dengan bentuk tubuh ini dikatakan ideal. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jam pasir memiliki bahu dan pinggang yang sama, tubuh mengecil di bahagian pinggang. Untunglah sekiranya anda mempunyai bentuk tubuh seperti ini kerana anda boleh memilih apa sahaja pakaian serta fesyen kegemaran dan masih tampak menawan dan jelita. 

  • Untuk menyerlahkan lagi bentuk tubuh yang sempurna itu, pakaialah pakaian dari jenis fabrik yang lembut dan beralun. Dari segi pemilihan fabrik pula, kebanyakan warna adalah sesuai.
  • Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan seluar potongan A-line agar anda kelihatan ramping.





3. BENTUK OVAL /APPLE 

Wanita dengan bentuk tubuh ini dikatakan berbentuk epal kerana cenderung bulat pendek dan bahagian pinggang yang besar


  • Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik.

  • Pilih dress atau skirt berbentuk A, dan cari warna-warna gelap untuk memberikan kesan langsing.

  • Kepada yang tidak memakai tudung, gunakan pakaian dengan bentuk leher V yang bagi menyeimbangkan tubuh.

  • Hindari pakaian dengan bentuk leher ‘turtleneck’ kerana ia menampakkan anda semakin berisi. 
  • Elakkan manik-manik di bahagian pinggang.
  • Cari baju yang agak longgar sehingga membantu menutup bagian pinggang.

  • Hindari aksesori pinggang terlalu banyak agar pinggang tidak terlihat makin lebar dan gemuk.





4. BENTUK STRAIGHT / RECTANGLE

Wanita dengan bentuk tubuh ini memiliki ciri-ciri ukuran payudara dan pinggul sama ukuran dan kelihatan tubuhnya lurus.

  • Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki detail pita dan kerut yang simple.

  • Hindari pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak detail agar kesannya tidak terlalu serabut. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.




5. BENTUK DIAMOND


Wanita yang mempunyai bentuk tubuh seperti ini dicirikan dengan bahagian pinggul atau perut yang agak besar berbanding dengan bahagian dada. Sekiranya anda tergolong dalam kategori bentuk tubuh ini, berikut adalah tips yang sesuai untuk anda amalkan:

  • Agar tubuh kelihatan lebih kurus, elakkan daripada memakai pakaian berwarna terang dan mempunyai corak yang menyerlah. Pilih warna pakaian yang gelap dan corak yang sederhana 

  • Pemakaian aksesori labuh di bahagian leher juga dapat membantu anda kelihatan lebih kurus
  • Sekiranya anda ingin memakai gaun, pilih gaun tanpa pinggang. Pemakaian vest yang terbuka juga turut membantu anda tampak lebih kurus



6. BENTUK INVERTED TRIANGLE

Bentuk tubuh yang turut menjadi idaman para wanita. Wanita dengan bentuk tubuh seperti ini mempunyai bahagian atas badan yang lebih besar daripada bahagian bawah. Berbeza seperti mereka yang mempunyai badan berbentuk segi tiga biasa, pemakaian di bahagian atas perlu diminimumkan. Berikut adalah tips pemakaian yang tepat untuk wanita dengan bentuk tubuh ini.

  • Pilih skirt yang bergaris A, bertekstur garang dan juga bergaris mendatar untuk meyeimbangkan bentuk tubuh. Anda juga disarankan menggunakan seluar labuh/palazo

  • Untuk pakaian bahagian atas, pakai blaus yang berkolar luas. Pilih corak pakaian dengan garis menegak dan fabrik yang bertekstur halus.
  • Dari segi warna pakaian pula, pilihlah warna-warna yang gelap atau neutral untuk bahagian atas badan. Elakkan juga daripada memakai pakaian yang mempunyai corak menyerlah.

Haa..sebelum tu, mommies dah tau ke mommies punya bentuk badan yang mana? Yang belum tau, jom kita cek dulu kita punya badan jenis yang mana naa..

Kita guna body shape calculator nih..Vee dah tolong ampa semua.. 















You May Also Like

0 comments